Selasa, 1 Februari 2011

SecuCi HaTi CinTa

"Ya Allah,jadikanlah hari ini hari yang terbaik buat hamba-Mu yang hina ini Ya Allah. Ampunkanlah dosa hamba yang lalu,jadikanlah hamba di antara hamba-hamba-Mu yang solih,taat dan sabar Ya Khaliq. Himpunkanlah daku dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman di hari akhirat kelak Ya Allah..."amin ya Rabbal a'lamin..."

Nukman meraup mukanya yang jelas kelihatan nur wudhu yang selalu dijaganya.Lantas dia mengambil mukjizat nabi Muhammad s.a.w lantas mengalunkan kalimah-kalimah suci itu dengan penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah taala.

"Nukman,dah bangun?Kalau kamu nak bersahur itu mak ada siapkan nasi untuk kamu."
"Baik mak,nanti nak dekat subuh Nukman makan ye mak."
"Kamu kan ada hari sukan hari ni,larat ke kamu nak main bola tu?Nantikan jatuh sakit mak juga yang susah."
"Takpe mak,Nukman boleh je main,Nukman sayang nak tinggal sunnah nabi ni."

Airmatanya menitis tatkala teringatkan arwah ayahnya selalu menemaninya qiamullail setiap malam sehingga amalan itu menjadi wajib ke atas dirinya sampai sekarang.

"Nukman,kita sebagai khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini harus bersifat rendah diri di hadapan Allah s.w.t. Kita sebagai hamba kepada yang maha Pencipta haruslah selalu bermohon agar diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.Ha,pada waktu sepertiga malam ni la yang Rasulullah pesan agar sentiasa bangun malam menghadap Allah s.w.t. Pada waktu siang kita bekerja,malam kita beribadat.Barulah hidup kita tak sia-sia ditelan masa."

Dulu pada waktu sebegini dia akan berebut dengan ayahnya untuk mengejut bangun solat,ternyata dia tidak pernah menang dengan ayahnya.Ayahnya sentiasa bangun paling awal. Lebih kurang pukul 3 mereka akan sentiasa bangun untuk solat tahajjud bersama-sama dan membaca Al-Quran sampai subuh. Meskipun kehidupannya tak pernah mewah,namun dia tetap bersyukur kerana dia ingat pada pesanan ustaz yang mengajar di surau setiap malam Selasa."Orang beriman yang kaya akan masuk ke dalam syurga lewat sedikit dari orang yang beriman tetapi miskin kerana banyak hisabnya"

Nukman meletakkan mushaf Al-Quran hadiah hari jadinya itu di ata meja lalu mengatur langkah ke dapur. Nasi lauk ikan goreng kuah singgan serta budu dan tempoyak membuka seleranya. Setelah membasuh tangan dan membaca doa,Nukman memulakan sesi 'isi tangki'nya itu dengan lafaz bismillah. Hatinya sayu tatkala memandang hidangan yang ada di hadapannya kerana memikirkan nasib anak-anak Palestin yang menjadi pelarian di tanah air sendiri.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan